Raja Buah ke China

Durian atau nama saintifiknya, Durio Zibethinus memang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Kini terdapat lebih 200 varieti “Raja Buah” ini yang sudah didaftarkan secara komersial dengan Jabatan Pertanian (DOA), antaranya seperti D24, D99 (Kop Kecil), D145 (Durian Hijau/Beserah), D168 (IOI/Hajah Hasmah), D160 (Tekka/Buluh Bawah), D197 (Raja Kunyit/Musang King), Duri Hitam (Black Thorn) dan bermacam-macam lagi yang disahkan memiliki rasa enak hingga menjadi kegemaran kepada rakyat China dan Singapura.

Festival Durian Malaysia (FDM 2017) yang berlangsung di Han Yang City South Square, Nanning, Guangxi, membuka laluan bagi Malaysia dengan menghantar 3.8 Tan Metrik Durian jenis Musang King untuk tujuan promosi, dan sehingga kini nilai eksport durian ke China terus meningkat sehingga mencecah RM18.02 juta (2016). Tambahan lagi, kini AQSIQ telah membenarkan pengeksportan durian ke China dalam bentuk biji berbanding pes sejuk beku (seperti kerepek durian, kopi durian, tart durian dan crepe durian) sebelum ini.

AQSIQ adalah singkatan kepada Pentadbiran Am Penyeliaan Kuantiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Republik Rakyat China yang bertanggungjawab mengawal selia kualiti, keselamatan, pensijilan, pemeriksaan dan kuarantin bahan makanan, haiwan dan tanaman di pintu masuk serta keluar negara tersebut.

Sebagai rancangan sumber kekayaan baru untuk petani dan industri agromakanan, pengusaha durian perlu pantas merebut peluang ini kerana buat masa ini hanya terdapat lima syarikat sahaja yang mendapat lesen mengeksport durian dalam bentuk biji ke China; Exofruits Industry Sdn Bhd, JL Food Industries Sdn Bhd, PHG Ever Fresh Food (M) Sdn Bhd, Top Fruits Sdn Bhd dan Food Services Sdn Bhd. Untuk makluman juga, nilai eksport durian ke seluruh dunia diunjurkan akan meningkat kepada RM92.55 juta pada 2020.

Untuk mengeksport durian dalam bentuk biji ke China, pengusaha perlu mendaftarkan ladang mereka dengan Jabatan Pertanian serta mengamalkan MyGAP dan mengikuti SOP ditetapkan, kerana pihak AQSIQ sangat mementingkan kualiti premium selain protokol keselamatan makanan. Sementara untuk mengeksport pes sejuk beku durian pula, hanya produk yang disertakan dengan sijil fitosanitasi (sijil kesihatan tumbuhan) dari DOA dan sijil kesihatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) dibenarkan masuk.

AnsarComp Malaysia, telah lebih sedekad sejak 2004, berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pertanian (DOA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami membantu usahawan tempatan dan luar negara dalam urusan lesen import dan eksport pelbagai sektor, terutamanya telekomunikasi. Untuk khidmat nasihat yang telus, professional dan menjimatkan masa, hubungi konsultan kami sekarang.

[Gunakan butang FB Messanger di sudut kanan anda atau klik sini]

 

Sumber:
  1. https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/467019/ada-sijil-boleh-eksport
    https://www.hmetro.com.my/agro/2017/11/286977/raja-buah-buruan-rakyat-china
    https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/466421/raja-buah-ganti-getah-metrotv
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/461643/boleh-eksport-musang-king-sejuk-beku-ke-china-metrotv
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/466168/1000-tan-metrik-durian-premium-ke-china-metrotv

Related Posts