Padah tiada permit MAQIS

Akta MAQIS (Malaysian Quarantine and Inspection Services)

• Mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau kedu-keduanya jika disabitkan kesalahan pemalsuan permit, dokumen atau apa-apa maklumat.
• Seksyen 13 Akta MAQIS memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan pemalsuan permit, dokumen atau apa-apa maklumat.

Jenis-jenis sijil yang diperlukan untuk urusan import/eksport hasil tani.

Sijil COC
“COC” merujuk kepada suatu Perakuan Pematuhan Keluaran Pertanian yang Dieksport / Diimport (Certification of Conformity of Agricultural Produce for Export / Import).

COC bagi tujuan eksport akan dikeluarkan oleh pihak FAMA. Walaubagaimanapun bagi tujuan import pegawai-pegawai MAQIS yang akan membuat pengeluaran COC bagi pihak FAMA.

Sijil Fitosanitasi
Sijil Fitosanitasi adalah sijil kesihatan tumbuhan yang dikeluarkan oleh negara pengeksport (NPPO of exporting country) sebagai perakuan atau pengesahan bahawa rawatan atau keperluan-keperluan yang dinyatakan di dalam permit import dipatuhi.

Permit Import
Permit Import) – Permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian (NPPO). Permit tersebut akan menyatakan jenis dan kuantiti yang diluluskan bagi sesuatu pengimportan . Dalam permit tersebut juga dinyatakan jenis rawatan kuarantin yang perlu dilakukan, pengisytiharan tambahan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dipatuhi oleh pengeksport.

Related Posts