Senarai Lesen Yang Dikuatkuasa Oleh Perhilitan

Jabatan Perhilitan Malaysia telah menguatkuasakan lesen-lesen yang perlu dimohon sebelum menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan hidupan liar dan flora di Malaysia. Antara lesen-lesen tersebut ialah:-

1. LESEN MEMBURU / MENGAMBIL
Untuk memburu dan memelihara binatang (kecuali binatang yang dilarang untuk diburu). Terdapat haiwan yang boleh diburu mengikut waktu /musim yang ditetapkan seperti Burung Murai Batu, Kelicap Kunyit, dll. Pemohon perlu memohon lesen ini sendiri di Pejabat Perhilitan berpandukan negeri tempat tinggal.

2. LESEN MENYIMPAN HIDUPAN LIAR
Untuk pemohon yang memelihara haiwan liar yang dilindungi seperti Musang Pandan, Burung Murai Batu, dll. Pemegang lesen memburu / mengambil juga perlu menaik taraf lesen untuk tujuan menyimpan haiwan yang diburu.

3. LESEN PENIAGA / TAKSIDEMI
Terbahagi pada jenis :-

  • Pet Shop : Menjaga dan menjual haiwan liar yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan.
  • Butik : Import produk aksesori yang diproses daripada haiwan seperti beg, jam, kasut, dll.
  • Kedai Ubat : Kandungan ubat terdapat spesimen haiwan seperti hempedu, lidah, jantung, dll.
  • Taksidermi : Bagi penyembelihan khinzir di Malaysia yang memerlukan lesen ini.

4. LESEN IMPORT / EKSPORT / RE-EKSPORT
Berkait dengan lesen peniaga / taksidermi, terdapat 3 jenis urusan bagi lesen ini; Produk, haiwan hidup, dan kulit haiwan. Pengusaha memerlukan permit CITES bagi tujuan import / eksport / re-eksport ini.

Untuk lesen *Memburu / Mengambil, boleh semak maklumat lebih lanjut berkaitan tarikh perlaksanaan, fi lesen dan kuota setiap negeri di link http://bit.ly/AnsarCompFB-wildlife-lesen-buru

Untuk lesen lain pula, kami akan kongsi maklumat lebih penting dalam post seterusnya. Kalau tak nak tunggu, hubungi konsultant kami sekarang.

#Certification
#TypeApproval
#RegulatoryApproval
#WILDLIFECertification
#AnsarCompMalaysia

Source : http://bit.ly/senarai-lesen-wildlife

Related Posts