Halal Assurance System (HAS) Training

Team Halal Trainers AnsarComp telah mengendalikan satu lagi sesi Halal Assurance System (HAS) Training, di premis pelanggan kami di Damansara.

Sesi HAS training ini penting untuk kenal pasti process flow bahagian produksi dan semua yang terlibat bagi menentukan Halal Critical Points dan juga Halal Elements yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dalam satu-satu organisasi bagi mendapat persijilan Halal JAKIM.

Kami sebagai trainer sekaligus consultant dalam persijilan Halal, yang mempunyai pengalaman persijilan Halal JAKIM dalam beberapa industri, sama ada di Malaysia ataupun di luar negara seperti Korea Selatan, sekurang-kurangnya dapat membantu para pelanggan kami untuk memahami konsep Halal dengan lebih jelas.

Paling penting mereka lebih bersedia untuk mengikuti segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Sepanjang sesi sehari ini, peserta didedahkan isu-isu berkaitan Halal secara teori dan juga secara aktiviti berkumpulan bagi memberi kesedaran dan kefahaman yang lebih berkesan bagi mewujudkan Halal Ecosystem dalam organisasi mereka.

Objektif utama adalah supaya mereka mempunyai sense of ownership untuk memastikan peraturan berkaitan Halal dipatuhi secara berterusan bukan hanya semata-mata kerana untuk peroleh sekeping sijil Halal.

Moga apa yang disampaikan sepanjang sesi ini memberi manfaat. Ameen.

RAMLAH BINTI HAMAT
Ketua Pegawai Eksekutif, AnsarComp (M) Sdn. Bhd.

Related Posts