Kucing ‘British Shorthair’ ditahan di KLIA

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor kucing baka British Shorthair yang diimport dengan mengemukakan permit import mengelirukan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penahanan itu dibuat susulan pemeriksaan ke atas 12 ekor kucing yang diimport dari Rusia. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 iaitu mengemukakan permit palsu, tidak tepat atau mengelirukan. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Maqis sentiasa memantau pintu masuk negara bagi memastikan haiwan peliharaan atau tumbuhan yang dibawa masuk ke negara kita mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. Jadi kepada pengusaha perniagaan haiwan peliharaan, tumbuhan hiasan, mahupun tujuan hobi persendirian, sila ikuti syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa demi kesejahteraan bersama.

Syarat-syarat am pengimportan kucing atau anjing adalah :

  1. Kucing atau anjing tidak boleh berusia kurang daripada 3 bulan semasa pengimportan.
  2. Permit import yang sah yang dikeluarkan oleh MAQIS.
  3. Sijil Kesihatan Veterinar yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar Negara Pengeksport. Pengeksportan harus dilakukan dalam 7 hari dari tarikh SKV dikeluarkan.
  4. Kucing atau anjing mesti dipasang pengenalan mikrocip yang mematuhi standard ISO (std 11784 & 11785).
  5. Bagi pengimportan anjing baka terhad, dapatkan kelulusan Ketua Pengarah MAQIS sebelum permohonan permit.
  6. Buku Rekod Vaksinasi atau Pet Passport harus mengandungi maklumat status sejarah vaksinasi, rawatan diberikan dan keadaan kesihatan terkini kucing atau anjing tersebut.
  7. Tempoh kuarantin berbeza mengikut negara pengeksport dan bagi kucing atau anjing yang diwajibkan untuk menjalani kuarantin hendaklah dikuaratin di Stesen Kuarantin Haiwan sebaik sahaja tiba di Malaysia.
  8. Konsainan haiwan harus dibawa oleh kapal terbang atau jenis pengangkutan lain terus ke tempat pendaratan di Malaysia.

Rumit sangat untuk buat permohonan permit? Anda boleh terus hubungi kami untuk memudahkan semua urusan anda. Tak perlulah sampai nak ke ‘balai’ untuk ‘jamin’ haiwan kesayangan import kita tu, ok? 😉

Sumber : http://bit.ly/kucing-ditahan-MAQIS

#Certification
#TypeApproval
#RegulatoryApproval
#MAQISCertification
#AnsarCompMalaysia

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *