Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

Kuala Lumpur 18 Feb. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan pengguna untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berkhemah sepanjang tempoh cuaca panas.

TNB berkata, penggunaan elektrik mungkin meningkat akibat cuaca yang agak panas sehingga bulan depan di samping keberadaan pengguna di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan fasa akhir Monsun Timur Laut ketika ini akan berterusan sehingga pertengahan Mac 2021, dengan taburan hujan yang rendahserta cuaca yang agak panas.

 

Berikut adalah penjimatan elektrik yang mudah;

  1. Tidak membiarkan  pendingin hawa, kipas dan lampu terpasang dalam bilik yang  kosong serta mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.
  2. Memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) juga membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.
  3. Menyenggara pendingin hawa yang kerap pula membolehkan ia beroperasi pada tahap optimum serta lebih menjimatkan elektrik. Kotoran pada penapis menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.
  4. Ketika cuaca panas terik, tindakan menutup tingkap dengan langsir yang tebal boleh menghalang haba daripada masuk daripada dan membebankan pendingin hawa. Semakin kurang beban pada pendingin hawa untuk menyejukkan bilik, semakin rendah penggunaan elektrik
  5. Pada waktu  malam, hidupkan kipas bagi membantu pengedaran udara di dalam bilik. Suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa lebih cepat selepas beberapa jam pendingin hawa dipasang. Tetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
  6. Memanfaatkan cuaca yang panas dengan menjemur pakaian berbanding menggunakan mesin pengering selepas mencuci pakaian
  7. Bagi penggunaan alat pemanas air, tekan suis air panas hanya apabila ingin digunakan dan tutup sejurus selsai, elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan.

 

RM200 daripada SAVE 2.0

  • Pengguna kediaman juga disarankan untuk memanfaatkan program pemberian rebat sebanyak RM200 menerusi program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE 2.0) jikan ingin membeli alat  pendingin hawa atau peti sejuk cekap tenaga (tertakluk kepada terma &  syarat)
  • E-rebat ini  terpakai untuk pembelian alat  pendingin hawa atau peti sejuk yang berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Ia dianjurkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan Sustainability Energy Development Authority (SEDA) sebagai agensi pelaksana.
  • Pembelian boleh dilakukan di kedai atau secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
  • Syarat kelayakkan dan maklumat lanjut penebusan e-rebat SAVE 2.0 boleh didapati di laman web www.seda.gov.my/saveprogram/

Sumber: https://dagangnews.com/risau-elektrik-melambung-ketika-cuaca-panas-ini-panduan-jimat-tnb

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *