Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perakuan Kelulusan Kelengkapan Elektrik

 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perakuan Kelulusan?
Perakuan Kelulusan adalah sijil perakuan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kelengkapan elektrik setelah kelengkapan tersebut didapati mematuhi standard dan syarat-syarat keselamatan dan penggunaan elektrik dengan cekap yang ditetapkan. Keperluan perundangannya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 97, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan 101A, Peraturan- Peraturan Elektrik (Pindaan) 2013.

2. Siapakah yang perlu memohon Perakuan Kelulusan?
Pemohon adalah pengilang, pengimport, pempamer, penjual atau pengiklan kelengkapan elektrik sahaja.

3. Apakah jenis-jenis permohonan Perakuan Kelulusan Kelengkapan elektrik yang dikeluarkan oleh ST?
Dua jenis permohonan Perakuan Kelulusan kelengkapan elektrik iaitu :-

  • Permohonan Perakuan Kelulusan (Baru)
  • Permohonan Perakuan Kelulusan (Pembaharuan)

4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Kelulusan Baru?.

  • Laporan Ujian Jenis (Type Test Report)
  • Katalog Kelengkapan Elektrik yang dipohon
  • Manual Penggunaan (Instruction Manual)
  • Spesifikasi Teknikal (Technical Specification)
  • Sampel Produk (jika diperlukan)

5. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pemohonan Perakuan Kelulusan Pembaharuan?

  • Bagi Perakuan Kelulusan mengilang : Lesen Pensijilan Barangan Sirim yang masih sah tempoh
  • Bagi Perakuan Kelulusan mengimport : Bukti pembelian label SIRIM-ST atau Lesen Pensijilan Barangan SIRIM yang masih sah

Source : http://bit.ly/info-perakuan-kelulusan-kelengkapan-elektrik

Tak pasti? Hubungi kami!

#Certification
#Homologation
#TypeApproval
#RegulatoryApproval
#SuruhanjayaTenagaCertification
#AnsarCompMalaysia

Related Posts