
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perakuan Kelulusan?
Perakuan Kelulusan adalah sijil perakuan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kelengkapan elektrik setelah kelengkapan tersebut didapati mematuhi standard dan syarat-syarat keselamatan dan penggunaan elektrik dengan cekap yang ditetapkan. Keperluan perundangannya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 97, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan 101A, Peraturan- Peraturan Elektrik (Pindaan) 2013.
2. Siapakah yang perlu memohon Perakuan Kelulusan?
Pemohon adalah pengilang, pengimport, pempamer, penjual atau pengiklan kelengkapan elektrik sahaja.
3. Apakah jenis-jenis permohonan Perakuan Kelulusan Kelengkapan elektrik yang dikeluarkan oleh ST?
Dua jenis permohonan Perakuan Kelulusan kelengkapan elektrik iaitu :-
- Permohonan Perakuan Kelulusan (Baru)
- Permohonan Perakuan Kelulusan (Pembaharuan)
4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Kelulusan Baru?.
- Laporan Ujian Jenis (Type Test Report)
- Katalog Kelengkapan Elektrik yang dipohon
- Manual Penggunaan (Instruction Manual)
- Spesifikasi Teknikal (Technical Specification)
- Sampel Produk (jika diperlukan)
5. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pemohonan Perakuan Kelulusan Pembaharuan?
- Bagi Perakuan Kelulusan mengilang : Lesen Pensijilan Barangan Sirim yang masih sah tempoh
- Bagi Perakuan Kelulusan mengimport : Bukti pembelian label SIRIM-ST atau Lesen Pensijilan Barangan SIRIM yang masih sah
Source : http://bit.ly/info-perakuan-kelulusan-kelengkapan-elektrik
Tak pasti? Hubungi kami!
#Certification
#Homologation
#TypeApproval
#RegulatoryApproval
#SuruhanjayaTenagaCertification
#AnsarCompMalaysia