Satu perbincangan bagi mendapatkan isu dan pandangan daripada para pemain industri berkenaan dengan prosedur eksport/import, keperluan bagi mendapatkan lesen, permit dan kelulusan eksport/import, dan caj yang tidak munasabah yang dikenakan oleh pengawal selia (regulator) telah berlangsung melibatkan AnsarComp dan MPC, hasil cadangan MCMC.
Secara tidak langsung, jemputan ini menandakan AnsarComp telah diiktiraf sebagai pemain industri yang aktif dan layak mewakili organisasi perniagaan yang berpengalaman dalam urusan mendapatkan lesen/permit dan kelulusan eksport/import bagi peralatan komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Input yang diperoleh daripada perbincangan fokus ini adalah penting untuk mengenal pasti dan memahami beberapa isu utama berkaitan dengan eksport/import bagi peralatan komunikasi dan multimedia terlebih dahulu sebelum perundingan awam dilaksanakan.