Serunding ikan adalah antara makanan wajib yang sering dihidangkan pada bulan Ramadan untuk dimakan pada waktu sahur kerana rasanya yang lemak, pedas, manis, masin membolehkan ia sesuai dimakan bersama nasi, pulut atau roti.
Selain serunding ikan dikomersilkan dan dijual dipasar, dikedai atau pasaraya, ianya juga semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang merantau kerana hidangan ini dapat disimpan dalam jangka waktu yang lama serta mudah dibawa ke mana-mana.
Serunding ikan juga sangat terkenal di negara Asia seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei, dan selalunya dibungkus dalam pek kecil sebagai hadiah atau buah tangan kepada rakan atau dijadikan ‘doorgift’ untuk majlis keramaian.
Untuk mengimport serunding luar negara ke Malaysia, anda harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh negara import. Antara dokumen penting yang wajib anda sediakan adalah lesen LKIM, dan import permit dari MAQIS. Dan yang paling penting pengimport haruslah tempatan.
Ingin mengimport makanan ke Malaysia? Di AnsarComp, kami boleh bantu anda mengurus proses import makanan yang memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa seperti MAQIS.
Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/