
“Disebabkan mahu mengaut keuntungan besar, segelintir pemborong beras didakwa cuba memanipulasi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import.
Taktik tersebut dilakukan kerana pihak kerajaan gagal mengawal harga beras import, sebaliknya hanya diapungkan manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10 kilogram (kg).
Menurut Pengarah Negeri Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah, Mohamad Nornizam Ramly, mereka yang didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan Kawalan Gred Dan Harga Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
Dan individu yang disabitkan kesalahan ini boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau denda RM25,000 manakala bagi pertubuhan atau syarikat denda maksimum RM50,000.” – Berita Harian
Walaupun menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import adalah salah disisi undang-undang namun masih ada peluang untuk anda yang ingin mengimport produk berasaskan beras seperti bihun.
Ini kerana buat masa ni, permohonan kuota import hanya dibuka kepada pihak BERNAS sahaja sebagai pengimport tunggal berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani bersama Kerajaan.
Di AnsarComp, kami boleh bantu anda dapatkan import permit untuk produk anda, hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel je di consultant@ansarcomp.com.my.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut: https://ansarcomp.com.my/