
Kejohanan persahabatan bowling di antara AnsarComp dan SIRIM QAS International 2023 baru-baru ini telah berlangsung dengan penuh kegembiraan dan semangat yang tinggi. Acara ini bertujuan untuk memupuk hubungan antara kedua-dua entiti dan menggalakkan semangat persaingan sihat dalam kalangan pekerja.
Kejohanan persahabatan ini merupakan satu inisiatif dalam usaha untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dikalangan warga Ansarcomp dan juga warga SIRIM QAS International Sdn Bhd. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara warga Ansarcomp dan SIRIM dan juga dapat memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding.
Kejohanan persahabatan bowling antara syarikat AnsarComp dan SIRIM QAS International telah diadakan pada 15 Julai 2023, bertempat di Ole-ole Super bowl, Seksyen 18, Shah Alam. Tempat ini telah dipilih kerana kemudahannya yang lengkap dengan fasiliti yang baik untuk memastikan kelancaran kejohanan ini.
Pasukan bowling dari kedua-dua belah pihak telah menghantar pasukan yang terdiri daripada pemain yang berbakat dan berpengalaman. Mereka telah berlatih dengan gigih dalam tempoh sebelum kejohanan ini bagi memastikan kecekapan dan kebolehan mereka dalam bertanding.
Dalam kejohanan persahabatan ini juga telah berjaya dirasmikan oleh Puan Ramlah Binti Hamad iaitu Chief Operating Officer (COO) AnsarComp dan Puan Fauziah Fadzil, Pengurus Besar Kanan Jabatan Pengesahan dan Pemeriksaan Produk dari SIRIM QAS International. Kedua-dua orang hebat ini telah memberi sokongan yang baik dengan kehadiran dan penyertaan kejohanan bowling ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada staf dari Blok 25 En Wan Mohd Lidil Bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pensijilan Komunikasi dan Multimedia Seksyen 2 (CMCS 2) serta Wan Zarina Binti Wan Abdullah, Ketua Bahagian Pensijilan Komunikasi dan Multimedia Seksyen 1 (CMCS 1) atas penyertaan mereka. Kedua-dua mereka telah memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan pasukan ke arah kecemerlangan dalam kejohanan ini.
Semasa kejohanan ini berlangsung, semangat persaingan yang sengit dapat dirasai di antara kedua-dua pasukan. Setiap pemain menunjukkan kecekapan dan kemahiran mereka dalam usaha untuk mencapai skor tertinggi dan memenangi setiap perlawanan. Kedua-dua syarikat juga memberikan sokongan dan pujian kepada pemain masing-masing, mencipta suasana yang mesra dan membangunkan semangat kerjasama.
Pada akhir kejohanan, kedua-dua syarikat mengiktiraf kejayaan dan usaha pemain masing-masing. Pemenang kejohanan ini dipilih berdasarkan kepada jumlah pinjaman tertinggi yang berjaya ditawan. Selain itu, beberapa anugerah juga diberikan kepada pemain yang mencapai prestasi luar biasa seperti “Pasukan Terbaik”, “Pemain Terbaik” dan “Juara Longkang”. Kejohanan ini telah membuktikan kebolehan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pekerja dari kedua-dua syarikat.
Kejohanan persahabatan bowling di antara AnsarComp dan SIRIM QAS International telah berjaya mencapai matlamat untuk memupuk hubungan yang baik dan semangat persaingan sihat dalam kalangan pekerja. Ini adalah satu langkah positif yang dapat menggalakkan kecergasan fizikal dalam kalangan pekerja serta membangunkan semangat kerjasama dan ikatan yang erat antara kedua-dua syarikat. Kejohanan ini juga mendorong pekerja untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.