Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan produk ‘ayam tebuk’ di pasar raya Bukit Changgang, Banting tidak mempunyai sijil halal yang sah dan hasil pemeriksaan mendapati, premis terbabit juga bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. – BHarian
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya. Dengan Islam menjadi agama utama di negara ini, konsep halal adalah hal utama yang wajar diberikan perhatian dan serius oleh masyarakat yang beragama Islam dan pihak berkuasa.
Pensijilan halal berfungsi sebagai tanda kualiti dan keselamatan bagi pengguna Muslim. Apabila suatu produk atau premis mempunyai logo halal, ia dapat memberikan jaminan bahawa telah melalui pemeriksaan yang ketat dan mematuhi panduan-panduan yang mengikut syariat Islam.
Tidak dinafikan proses untuk mendapatkan pensijilan Halal memang rumit dan memakan wang yang mahal serta masa yang lama tetapi dengan adanya sijil halal anda akan mendapat jaminan dan kepercayaan dari semua masyarakat bahawa produk atau premis anda telah melalui proses yang mengikut syariat Islam dan dijamin bersih, selamat, suci serta berkualiti.
Di AnsarComp, kami menyediakan servis konsultasi untuk mendapatkan pensijilan halal untuk produk atau premis anda.
Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/