Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 November ini.
Pada 1 September lalu, Bernas menyelaraskan harga jualan BPI seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan seiring dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Menurut KPKM, keputusan itu telah dimaklumkan kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras termasuk pihak pasar raya melalui surat edaran oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras pada 13 September 2023.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan pelekat pada BPI yang memaparkan harga lebih tinggi berbanding yang dicetak pada kampit asal beras itu. KPKM memberitahu, keputusan kebenaran penggunaan pelekat sementara itu sudah dimaklumkan kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras.
Layari artikel penuh di https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/kerajaan-benar-guna-pelekat-beras-putih-import-ikut-harga-baharu/
Untuk urusan berkaitan import export boleh berhubung terus dengan pihak kami. Di AnsarComp, kami menyediakan perkhidmatan konsultansi berkenaan import permit dari agensi kerajaan seperti SIRIM, Suruhanjaya Tenaga, MAQIS dan banyak lagi.
Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/