
Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan tenaga bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran.
Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.
Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga.
Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap. Dan berikut adalah 3 sebab kenapa anda perlu memilih label 4/5 bintang untuk peralatan elektrik anda:
- Melindungi alam sekitar melalui pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
- Pengurangan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
- Penjimatan kos (RM) elektrik di rumah.
Sebagai pengguna yang bijak, pastikan anda memilih peralatan elektrik yang menawarkan kadaran bintang yang lebih tinggi, walaupun harganya lebih mahal tapi kalau kira-kira kos jangka panjangnya, ternyata perkakas elektrik yang tinggi rating adalah lebih menjimatkan.
Bagi pengilang mahupun pengimport yang masih belum mempunyai permohonan Perakuan Kelulusan (COA), jangan tunda lagi, mohon CoA sekarang dengan bimbingan AnsarComp dan tampal Label Cekap Tenaga pada produk anda!
Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my
Di AnsarComp, kami boleh membantu anda mendapatkan dokumen yang diperlukan daripada pihak berkuasa.
Layari laman sesawang kami di untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/