Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Cuti bukan bermakna hanya untuk berehat, tapi dalam menyambut penurunan Al-Quran ini marilah kita penuhkan seharian kita bagi mengingati hari penurunan Al-Quran ini untuk kita bertadarus, duduk dalam majlis-majlis ilmu, majlis bagi memahami isi kandungan Al-Quran Al-Karim. Semuanya atas niat mendapat redha Allah.
Bila di renung-renung,
Ramadan bulan diturunkan Al-Quran maka ia jadi bulan yang mulia
Malam yang diturunkan Al-Quran maka ia jadi malam yang mulia
Apa pula ertinya jika kita hamba Allah yang sentiasa dekat dengan Al Quran? Hadam dan amalkan isinya?
Itulah jawapan kepada doa-doa kita , jika mahu menjadi hamba yang bertaqwa dan mulia di sisi Allah.
Tidak ada yang lain, hanya dengan Al Quran.
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran musim bunga di hati kami, cahaya bagi dada kami, penghilang rasa sedih dan jauhnya kebimbangan.
Allahumma Ameen.