Masih melestarikan kesinambungan konsep “Health is Wealth” di program Ask Talk Nov’24, objektif kali ini diperluaskan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan mental, spiritual dan “bonding” diantara Ansarian. “It’s time to bring Ansarian energy, enthusiasm, and excitement to the Ansarian Telematch Bonding!” Datang sebagai individu, pulang sebagai pasukan yang bersatu!
Untuk kali ini, Jabatan Sumber Manusia dan pihak pengurusan AnsarComp membawa Ansarian ke destinasi yang luar dari kebiasaan – melangkaui jarak dan sempadan kilometer. “Elmina lakeside Park, Shah Alam Selangor” dipilih sebagai lokasi terakhir untuk program outdoor Ask Talk 2024. Uniknyanya Lokasi Elima Lakeside Park ini ia berdekatan dengan Elmina Lakeside Mall , memberi peluang Ansarian yang ingin menikmati kemudahan di gedung membeli-belah seusai dari beraktivitas.
Ketidaktentuan cuaca menjadi faktor cabaran untuk aktiviti kali ini. Alhamdulillah 6 daripada 9 telematch dapat disempurnakan dengan semangat jitu dari semua Ansarian yang dirangkumi dalam 4 kumpulan (Siffin, Badar, Khandaq & Uhud) dan BOD sebagai penasihat utama Kumpulan. Pancaran Mentari menyinar 30°C disepanjang aktiviti dan hujan Rahmat turun tatkala Ask Talk Nov’24 melabuh tirainya. Sungguh Allah S.W.T itu maha perancang yang maha sempurna.
Datang sebagai individu, pulang sebagai pasukan yang bersatu!
Come as individuals, leave as a united team! Feel the thrill, embrace the fun,
and let’s show that true wealth lies in a healthy mind, body, and team spirit – the power of togetherness