Alhamdulillah, pada Sabtu, 18 Julai 2026, telah berlangsung sesi ASK Talk July 2026 bertemakan “Safety Starts With Me” di Abu Bakar Hall, AnsarComp (M) Sdn. Bhd.
Sesi kali ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang Jaya, yang merangkumi taklimat kesedaran keselamatan kebakaran serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh anggota JBPM.
Antara perkara penting yang dikongsikan ialah:
🔥 Konsep dan elemen dalam Segitiga Api
🧯 Jenis serta cara penggunaan alat pemadam api
⚡ Keselamatan DB Box di rumah
🏠 Tindakan ketika berlaku kebakaran di rumah teres dan bangunan bertingkat
🚗 Langkah keselamatan ketika berlaku kebakaran kenderaan
🧯 Kepentingan menyediakan alat pemadam api di dalam kenderaan
🚨 Penggunaan smoke detector dan alat pemadam api sebagai langkah awal mencegah kebakaran di rumah
Para Ansarians turut diberi peluang menyaksikan dan mempraktikkan sendiri cara penggunaan alat pemadam api yang betul. Aktiviti ini memberikan pengalaman yang sangat bermanfaat kerana tindakan awal yang tepat boleh membantu mengawal kebakaran sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Eddy serta anggota JBPM Subang Jaya atas perkongsian ilmu, panduan dan demonstrasi yang sangat berguna.

Semoga sesi ini dapat meningkatkan tahap kesedaran setiap Ansarian bahawa keselamatan bukan hanya tanggungjawab pihak tertentu, tetapi bermula daripada diri kita sendiri.
Safety Starts With Me. Sentiasa peka, sentiasa bersedia dan utamakan keselamatan.








