A: “Puan buat bisnes apa sebenarnya?”
Saya: “Bisnes kami menawarkan perkhidmatan uruskan ap.”
A: “Owh ap kereta tu ke?
Saya: “Tak. Kami bantu urus untuk dapatkan ap untuk pelbagai jenis produk lain yang diimport ke Malaysia, tapi bukan ap untuk kereta.”
A: “Ap untuk produk apa?”
Saya: “Contoh macam smart phone Tuan tu. Nak import masuk Malaysia ni, perlukan SIRIM ap.”
Peralatan komunikasi, gajet, barang elektrik, barang kulit dan banyak lagi jenis produk yang diimport, memang perlukan ap atau import permit.
Jadi kami bantu mereka yang perlukan servis untuk dapatkan ap ni, sebab tak semua orang tahu bagaimana nak buat sendiri.”
A: “Owh begitu. Ada juga rupanya bisnes macam puan ni yea. Ni first time saya dengar”
================================================================================================
Itu adalah antara perbualan saya bila bertemu orang yang baru dikenali ataupun orang yang dah lama kenal tetapi baru nak tahu apa yang saya buat.
Ramai juga sebenarnya yang tak tahu tentang produk-produk yang diimport ini perlukan permit.
Bila sebut pasal ap, yang terlintas di fikiran mereka hanyalah ap kereta.
Sebab itulah agaknya banyak kes yang sangkut kat kastam setiap hari perlukan ap.
Dan ramai pun yang tak kenal, tak tahu atau tak faham AnsarComp ni buat bisnes apa selama ini.
Bisnes ni kami sangat niche. Bukan untuk semua orang.
Importers / exporters / forwarding agents / courier services adalah antara pelanggan tetap yang kerap berurusan dengan operation team RAD ansarian – Regulatory Approval Services Dept, AnsarComp ni setiap hari, seolah mewakili pelbagai agensi yang meluluskan import permit di Malaysia.
Kami bertindak sebagai konsultan dan pemudah cara.
Bukan itu sahaja, kami juga bertindak sebagai IOR & EOR iaitu Importer / Exporter of record bukan semata-mata konsultan. Ni pun ramai yang tak faham dan tak tahu kewujudan servis ini kecuali mereka yang terlibat sahaja.
Sebagai IOR/EOR, tanggung jawab kami sangatlah besar. Apatah lagi bila kami dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua produk mereka yang diimport masuk ke Malaysia setiap hari. Dan mereka pula adalah syarikat gergasi yang monopoli pasaran dunia termasuklah pasaran di Malaysia.
Expectation mereka adalah “100% compliance”, zero defect”, “zero mistake” dan “zero delay”.
Mereka nak pastikan shipment mereka sampai kepada pelanggan mereka tanpa apa-apa masalah dengan pihak kastam tanpa sebarang alasan. Tak kisah lah musim PKP ke, PKPP ke, covid-19 ke, kami kena pastikan shipment mereka tu dapat masuk ke Malaysia dengan lancar.
Jadi itulah sikit sebanyak tentang servis AnsarComp. Sangat mencabar. Tidak mudah tetapi berkat kesabaran, komitmen semua pihak khususnya Ansarian team, dengan izinNya, tidak mustahil untuk AnsarComp peroleh kepercayaan pelanggan dan juga pihak agensi seperti SIRIM sehingga kini.
Mungkin juga menjadi asbab rezeki yang Allah lorongkan untuk ansarian yang setia bersama AnsarComp selama ini. Alhamdulillah.
Terima kasih atas sokongan, doa tuan/puan pelanggan yang pernah berurusan dengan pihak kami selama ini.
AnsarComp ~ Leading the Way.
#AnsarCompConsultancyServices
Ramlah Hamad
Pengarah Eksekutif
AnsarComp (M) Sdn Bhd
Sebarang pertanyaan berkenaan servis kami boleh klik link dibawah: