3 Jun 2022: Debaran persiapan penganjuran majlis “Meet & Greet” ataupun majlis Ramah Mesra AnsarComp 2022 kini telahpun berakhir.
Majlis yang dianjurkan sempena hari suai kenal dan ramah mesra bersama pelanggan ini telahpun berlangsung dengan lancar dan meriahnya dengan kehadiran sekitar 350 orang.
Mereka semua adalah jemputan khas yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan setia AnsarComp dan pelanggan bisnes rangkaian AnsarComp iaitu Ansar Mart, Maidah Kitchen dan juga Itqan Digital Learning Centre, termasuklah jiran-jiran pemilik bisnes sekitar Putra Heights.
Majlis dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi yang bermula dari jam 10.30am hingga 12.30pm dan sesi petang pula bermula 2.30pm-4.30pm. Majlis berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada para muslimin untuk melaksanakan solat jumaat .
Objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan bisnes antara pihak AnsarComp, pihak agensi seperti SIRIM dan juga pelanggan-pelanggan yang melantik kami sebagai konsultan mereka selama ini untuk menguruskan perkhidmatan import dan export permit.
Majlis ini juga bertujuan untuk menghargai pelanggan yang setia bersama AnsarComp dan rangkaian bisnesnya selama ini meskipun semasa pandemik.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran selebriti terkenal Serina Redzuan yang menjadi hos istimewa untuk promosi produk Mi Tarik Saffron di Ansar Mart secara FB live.
Majlis juga turut dihadiri oleh pihak agensi seperti SIRIM, Block 25, 16, 11, 9 dan MCMC.
Pelbagai juadah seperti nasi hujan panas, kuey teow goreng, mi goreng, roti john, bihun sup, mi tarik, roti jala, pulut kuning dan serunding. Turut terhidang aneka kuih muih seperti kuih kaswi pandan, pastri kaya, pastri sardine dan ais krim.
Majlis “Meet & Greet” secara terbuka AnsarComp ini adalah kali pertama diadakan selepas dua tahun pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia.
Terima kasih semua hadirin. Semoga kita dapat bersua lagi di masa-masa akan datang.
Kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan. Moga Allah berkati majlis ini. Ameen.