Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan, tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam. -BERNAMA
Baca artikel penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2096501#.Yr7QMOh0_Ko.twitter
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua jemaah haji yang telah mendapat panggilan dan jemputan menunaikan ibadah haji, rukun Islam kelima. Semoga memperoleh haji mabrur. Aamiin..
Dalam musim orang sibuk naik haji ni tidak kurang rancak juga aktiviti mengimport dan menjual air zam-zam. KECOH! Terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan mengimport dan mengambil tempahan air zam-zam untuk tujuan menjual.
Air zam zam memang bagus dan berkat tetapi bawa masuk dengan cara salah itu HARAM terutama bila undang-undang negara sendiri telah menetapkan perbuatan itu salah atas pelbagai sebab, maka kita perlu patuh.
Lebih lebih lagi bila negara pernah gempar dengan isu ramai individu yang menjadi mangsa penipuan apabila ejen jualan di negara ini mendakwa air mineral jualan mereka adalah air zamzam, sedangkan ia sebaliknya.
Tambahan lagi, pihak kerajaan Arab Saudi juga menetapkan larangan pengeksportan air zamzam untuk tujuan perdagangan yang sudah semestinya jika ia dibawa masuk ke negara ini, perbuatan itu menyalahi undang-undang.
Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedar serta menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.
Bagi jemaah haji pula, anda tidak perlu risau kerana anda boleh membawa pulang air zamzam dengan kuota yang sudah ditetapkan. Ya, memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendalikannya dan TH akan menguruskan bagi pihak jemaah. Jemaah akan mendapatkan air zamzam tersebut sebaik tiba di tanah air.
Kami di Ansarcomp membantah sekeras-kerasnya aktiviti yang salah dari segi undang-undang tetapi kami boleh bantu anda menguruskan urusan import export yang lain dengan cara yang sah.
Hubungi kami sekarang +6011 3120 2252 atau e-mel kami di consultant@ansarcomp.com.my untuk kami bantu anda!
Layari laman sesawang kami di https://ansarcomp.com.my/