Sebagai pengguna jalan raya yang memiliki kenderaan jenis B dan D, mesti anda tak pernah terfikir atau sangka yang lori-lori angkut bahan yang biasa kita lihat atas jalan raya ni memerlukan permit laluan lori?
Ya, untuk pengetahuan semua setiap lori-lori angkut bahan yang kita nampak membawa muatan seperti (tanah, konkrit dan bahan binaan) sebenarnya MESTI memiliki permit laluan lori.
Tujuan permit adalah untuk memastikan tanah, konkrit, pasir dan bahan binaan yang dibawa keluar dan masuk dari tapak pembinaan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Terdapat 3 jenis permohonan Permit Laluan Lori Angkut Bahan yang diuruskan oleh pihak DBKL melalui Jabatan Perancangan Infrastuktur (JPIF) adalah seperti berikut
- Permit Laluan Lori Angkut Bahan (Tanah, Pasir & Bahan Binaan) dengan “Perintah Pembangunan”
- Permit Laluan Lori Angkut Bahan (Tanah, Pasir & Bahan Binaan) tanpa “Perintah Pembangunan”
- Permit Laluan Lori Angkut Bahan bagi Lori Konkrit
Tempoh sah permohonan baru / lanjutan Permit Laluan Lori Angkut Bahan untuk Projek Pembangunan (DO) dan Bahan Binaan adalah selama 3 bulan manakala tempoh sah kelulusan Permit Laluan Lori Angkut Bahan – Konkrit adalah sehingga 31 Disember tahun yang sama permit tersebut dikeluarkan.
Jika anda memerlukan permit laluan lori angkut bahan, kami di AnsarComp boleh bantu anda! Kami memiliki kepakaran dalam hal-hal permohonan permit.
Hubungi kami sekarang di +6011 3120 2252 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my untuk kami bantu anda!
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut : https://ansarcomp.com.my/