
Pelaksanaan cukai jualan ke atas barangan import Low Value Goods (LVG) yang dibeli menerusi dalam talian akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023. – Berita Harian
Baca artikel penuh di https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/983358/barang-import-bernilai-rendah-kena-cukai-mulai-2023
Rakyat Malaysia harus bersedia dengan pelaksanaan cukai jualan yang bakal dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia dimana setiap pembelian barangan RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara akan dikenakan cukai jualan 10%.
Ini bermaksud, semua pembelian dalam talian yang dibawa masuk dari luar negara atau berlabel “shipped from oversea”, contohnya Shopee, Lazada dan sebagainya bakal dikenakan cukai tersebut. Cukai jualan ini dikecualikan terhadap barangan yang masuk ke negara melalui laut atau darat.
Pelaksanaan cukai ini adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih adil kepada peniaga tempatan yang dikenakan cukai.
Tapi adakah adil untuk rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan tekanan ekonomi? Bukankah sebab utama membeli dalam talian adalah kerana tawaran harga yang lebih murah dan mampu milik?
Jika kerajaan melaksanakan cukai jualan pada pembelian barangan import jelas sekali rakyat akan mengamuk dan boikot pembelian dalam talian. Manakala peniaga dalam talian harus menanggung beban kerugian atas barang jualan yang tidak laku.
Apa yang rakyat dan peniaga boleh bersiap sedia dari sekarang adalah mengatur semula perbelanjaan bulanan agar perolehan pendapatan atau keuntungan perniagaan dapat meneruskan kelangsungan hidup dan bisnes mereka pada masa depan.
Jika anda ingin mengimport barangan jualan atau persendirian anda, sedia maklum tentang cukai jualan 10% yang bakal dikenakan bermula 1 Januari 2023. Kami di AnsarComp boleh membantu anda menguruskan permit import export.
Untuk maklumat lanjut berkaitan servis kami boleh hubungi kami sekarang +6011 3120 2252 atau e-mel kami di consultant@ansarcomp.com.my untuk kami bantu anda!
Layari laman sesawang kami di https://ansarcomp.com.my/