Baru-baru ini tular video di media sosial berkenaan logo halal. Video yang berdurasi kurang 60 saat itu telah mencetuskan perbalahan antara netizen kerana kekeliruan yang berlaku ekoran maklumat yang telah disampaikan berkaitan logo halal yang dikeluarkan oleh badan berkuasa JAKIM.
Untuk menghentikan segala spekulasi, pihak AnsarComp telah memuat naik video baru yang menjelaskan logo halal yang dikeluarkan JAKIM dan 84 jenis logo halal luar negara yang mendapat pengiktirafan JAKIM.
Dengan adanya video ini diharapkan dapat memberikan pencerahan yang lebih jelas kepada semua pengguna tentang logo halal yang diiktiraf JAKIM Malaysia.
Semoga semua pengguna dan pengimport boleh mengenal pasti logo-logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran bagi mengelakkan sebarang kerugian dan keraguan.
Berita baik buat rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang ingin melancong ke luar negara, anda boleh memuat turun dalam format .pdf senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM menerusi pautan dibawah sebagai rujukan untuk anda ketika melancong ke luar negara.
https://drive.google.com/drive/folders/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1_uZQy?usp=sharing
Sebenarnya sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, anda seharusnya memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi apabila berkait rapat dengan isu halal.
Dengan mengambil tahu badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara anda dapat mengelakkan diri dari merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara.
Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru dan hanya memilih yang halal mengikut syarak.