Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan wujud ejen atau syarikat sering menggunakan taktik yang sama untuk cuba menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal ke negara ini. – Sinar Harian
Baca berita penuh
https://www.sinarharian.com.my/article/237590/berita/nasional/taktik-campur-daging-lembu-kerbau-dan-babi
Selain pengikraran palsu dan menyembunyikan daging di sebalik produk yang diluluskan oleh agensi, taktik seludup yang digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa adalah menciplak label, pemalsuan cap serta menjalankan pembungkusan semula daging sejuk beku import.
Pegawai MAQIS sendiri menjelaskan bahawa kegiatan seludup ini kebiasaannya terbongkar selepas pemeriksaan fizikal dilaksanakan, didapati terdapat produk daging sejuk beku yang di import tanpa permit dan dokumentasi yang tidak lengkap.
Rata-rata pengimport yang menjalankan kegiatan seludup ini selalunya menyembunyikan daging sejuk beku TIDAK halal di bahagian belakang kontena dan menutup bahagian depan dengan produk yang sah.
Berdasarkan kes yang direkodkan, terdapat campuran daging lembu yang diimport ini dicampur dengan daging kerbau atau daging babi. Hal ini terbukti selepas ujian keputusan DNA (asid deoksiribonukleik) di makmal veterinar dijalankan.
Jika sabit kesalahan, antara tindakan yang dikenakan adalah kompaun, denda dan pelupusan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
Jika anda ingin mengimport produk makanan secara sah pastikan anda telah menyediakan dokumen pengimportan termasuk permit, sijil kesihatan dari Jabatan Veterinar Malaysia dan sijil halal.
Untuk memudahkan urusan anda, kami di AnsarComp menawarkan perkhidmatan permohonan permit dan pensijilan dari badan pihak berkuasa. Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my untuk mendapatkan servis konsultansi dari pegawai berpengalaman kami.
Layari laman sesawang kami https://ansarcomp.com.my/