Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua pelanggan-pelanggan kami, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Alhamdulillah atas peluang keemasan yang dikurniakanNya untuk kita sampai ke bulan Ramadan, bulan yang dirindui oleh jutaan umat Islam. Nikmat besar yang tidak terucap dengan kata-kata.
Moga kita semua diberi kesihatan dan kekuatan serta kesabaran untuk istiqamah berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal soleh – “ahsanu amala” (sebaik-baik amalan mengikut sunnah) demi meraih keampunanNya, keredhaanNya dan rahmatNya di bulan yang mulia ini.
Dan mudahan kita dapat manfaatkan masa kita dengan sebaik mungkin dalam setiap kesempatan yang ada. Insya Allah, Amiin.
======================================================================
وَهُوَ الَّذي يَتَوَفّٰكُم بِاللَّيلِ وَيَعلَمُ ما جَرَحتُم بِالنَّهارِ ثُمَّ يَبعَثُكُم فيهِ لِيُقضىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّى ۖ ثُمَّ إِلَيهِ مَرجِعُكُم ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ
“Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.”
(Tafsir Surah al An’am: 60)
#selfreminder
#tadabburdaily