Umat Islam dituntut hanya untuk memakan makanan yang halal sahaja, jadi dengan mempamerkan logo Halal pada pintu premis dapat membantu restoran memenuhi jangkaan pelanggan.
Dengan mempunyai pensijilan Halal, restoran boleh memberi jaminan kepada pelanggan mereka bahawa makanan yang disediakan adalah mengikut undang-undang pemakanan Islam dan bebas daripada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.
Pensijilan halal boleh membantu restoran membina kepercayaan pada pelanggan Islam yang mungkin teragak-agak untuk makan di restoran yang tidak disahkan statusnya.
Namun begitu, proses mendapatkan sijil Halal bukanlah hal yang mudah kerana boleh jadi permohonan anda ditolak atas sebab-sebab tertentu antaranya…
Tiada salinan dokumen yang diperlukan
Tiada memiliki lesen atau kelulusan daripada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan perakuan pendaftaran perniagaan dari SSM. Selain itu, tidak mengemukakan penyata kewangan dan penyata bank sekurang-kurangnya 3 bulan juga boleh menjadi sebab permohonan sijil halal ditolak.
Masalah kebersihan di premis
Sebagai pemilik premis makanan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa memastikan bahawa premis yang dikendalikan kekal bersih dan bebas daripada sampah, haiwan perosak, kotoran dan sisa bahan mentah pada setiap masa.
Tiada pekerja beragama Islam
Disyaratkan mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia yang mengamalkan amalan kebersihan yang baik, berpakaian sopan dan bersesuaian untuk bekerja di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan.
Premis belum beroperasi
Pemilik premis perlu memastikan premis telah beroperasi sebelum memohon pensijilan halal dan keadaan premis hendaklah dalam keadaan baik, bersih dan kemas pada setiap masa.
Bahan mentah tiada logo halal
Bahan mentah yang bersumberkan haiwan dan/atau berasaskan hasilan haiwan hendaklah dipersijilkan halal yang masih sah daripada pihak berkuasa berwibawa atau badan pensijilan halal yang diiktiraf.
Jangan berputus asa jika permohonan pensijilan Halal anda ditolak. Kami di AnsarComp sedia membantu anda mendapatkan sijil halal untuk produk atau premis anda. Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/