
“Mana-mana produk yang memiliki logo halal disijilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh menembusi pasaran Indonesia tanpa ada lagi halangan.” – Utusan Malaysia
Berita baik buat semua pengusaha produk yang ada logo halal Jakim kerana selepas ini produk anda boleh memasuki pasaran Indonesia tanpa sekatan. Ekoran daripada hasil pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara JAKIM dengan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) bagi pengiktirafan bersama pensijilan halal produk tempatan bagi kedua-dua negara itu.
Seperti yang ramai sedia maklum, industri halal telah menjadi salah satu sektor yang mempunyai potensi besar dan semakin berkembang pesat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan Malaysia dan Indonesia berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk, selain menjadi perintis kerjasama strategik dua negara dalam bidang halal pada masa akan datang.
Untuk anda yang memerlukan khidmat pensijilan halal, boleh hubungi kami di AnsarComp. Kami juga boleh bantu anda dapatkan sijil halal untuk produk anda.
Bukan itu sahaja, di AnsarComp juga kami boleh bantu anda untuk urusan import export produk anda ke dalam Malaysia tau sebaliknya.
Hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/