[vc_row][vc_column][vc_column_text]Senarai Produk Yang Diharamkan (Banned Product) – dahulunya dikenali sebagai PharMel Blacklist adalah maklumat tambahan yang disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai ini bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan produk kesihatan, kosmetik dan produk makanan/minuman yang dicemari racun atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk-produk ini telah dirampas di pasaran dan dilarang penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Para pengguna diingatkan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran produk kesihatan dan notifikasi kosmetik melalui laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai Banned Product ini hanya digunakan sebagai rujukan tambahan sebelum membeli produk kesihatan atau kosmetik.
Segala usaha telah dijalankan bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan senarai Banned Product ini.
Sebarang salinan dan cetakan semula untuk tujuan komersil adalah dilarang dan hanya dibenarkan untuk rujukan.
Kemas kini terakhir pada 12 June 2019