Tak dinafikan Malaysia ialah antara negara yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi. Dari sekecil-kecil daun teh ke sebesar-besar pokok kelapa sawit berjaya tumbuh dengan mekar di tanah Malaysia.

Namun ianya tidak menghalang mana-mana pihak yang berhajat membawa masuk tumbuhan lain ke Malaysia.

Tapiā€¦

Tahukah anda setiap tumbuhan seperti pokok durian dan bunga-bunga yang di bawa masuk atau import dari luar negara memerlukan permit import dari Jabatan Pertanian? Ianya adalah satu kesalahan membawa masuk sebarang tanaman tanpa permit yang sah.

Selain permit import, pengimport juga mesti mendapatkan Sijil Fitosanitasi. Tapi apakah Sijil Fitosanitasi dan macam mana nak dapatkan sijil ini?

Sijil Fitosanitasi ialah sijil kesihatan tumbuhan yang dikeluarkan oleh negara pengeksport sebagai perakuan atau pengesahan bahawa rawatan dan keperluan yang dinyatakan di dalam permit import dipatuhi.

Bukan itu sahaja, ianya juga bertujuan untuk menghalang kemerebakan perosak dan penyakit tumbuhan melalui perdagangan/pergerakan tumbuhan, hasil tumbuhan dan artikel kawalan di peringkat antarabangsa.

Boleh rujuk link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut senarai item/bahan yang dikawal pengimportan di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981.

https://www.maqis.gov.my/index.php/tumbuhan/

Nak tahu macam mana nak mohon permit import dan Sijil Fatosanitasi dengan cara paling mudah?

Hubungi AnsarComp di +6011 3120 2252 atau emel sahaja kami di consultant@ansarcomp.com.my. Kami boleh bantu anda peroleh keduanya sekali.

Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut: https://ansarcomp.com.my/

#Certification
#import
#export
#RegulatoryApproval
#MAQIS
#AnsarCompMalaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!