
Perasan tak?
Banyak sangat founder tempatan yang berlumba-lumba hasilkan produk sendiri sekarang. Dari produk makanan sampai ke produk kosmetik.
Memang bagus bila ramai usahawan muda sekarang pandai cari peluang untuk buat lebih pendapatan tapi harus tetap ikut garis panduan yang telah ditetapkan dan tak boleh ikut suka saja terutama bila produk tu ada menggunakan bahan yang boleh memudaratkan tubuh badan.
Contohnya, baru-baru ni tular founder kosmetik bergambar di depan Sirim untuk meyakinkan para pengguna di luar sana tentang produk mereka telah mendapatkan kelulusan Sirim.
Tapi setelah diselidik dan pihak Sirim sendiri telah mengeluarkan kenyataan ternyata produk tersebut tidak pernah menjalankan sebarang pengujian untuk mendapatkan kelulusan Sirim.
Sebenarnya untuk mengeluarkan produk kosmetik ada badan berwajib yang bertanggungjawab untuk memeriksa produk anda, sebab itu penting sangat sebagai founder atau pemilik produk kenalpasti badan berwajib bagi produk anda mendapatkan kelulusan yang sesuai untuk pengguna.
Kepada pengguna, berhati-hatilah dalam memilih produk. Tak semestinya produk tu hanya untuk penggunaan luaran tak penting dalam mendapatkan kelulusan badan berwajib. Penting sangat supaya anda rasa lebih yakin dan selamat untuk menggunakannya.
Kepada pengeluar pula, pastikan produk yang dihasilkan adalah selamat dan telah menjalani pengujian yang disarankan supaya produk tersebut selamat dan yakin digunakan oleh pengguna!
Jika anda seorang pengeluar, pembekal atau founder kosmetik, dan ingin mendapatkan pencerahan tentang kelulusan dari badan berwajib boleh hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut tentang servis yang kami tawarkan https://ansarcomp.com.my/