Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki majoriti penduduk Muslim. Pensijilan halal sangat penting dalam memastikan bahawa makanan, minuman, dan produk lainnya memenuhi persyaratan syariat Islam. Ini bagi membantu pengguna Muslim dapat mengkonsumsi makanan dan menggunakan produk yang sesuai dengan keyakinan agama mereka.
“Rekod tahun 2021 sehingga 10 April 2023 ini jelas menunjukkan usaha syarikat bukan Islam meraih perakuan sijil Halal JAKIM terus meningkat dari semasa ke semasa. Untuk tahun ini sahaja, terdapat 21,448 produk bukan milik bumiputera telah berjaya meraih status Halal JAKIM berbanding 8,341 produk bumiputera. Malah turut didapati hanya 41% usahawan Bumiputera Islam sahaja yang berminat untuk meraih sijil tersebut.” -rnggt
Disini, kita boleh rumuskan kesedaran terhadap pensijilan halal masih tipis dalam kalangan pemilik produk Muslim ini kerana mereka beranggapan pelanggan Muslim hanya cukup dengan berasa selesa mengetahui produk itu adalah milik orang Islam.
Tapi tahukah anda, pensijilan Halal bukan hanya sekadar pemilik produk beragama Islam, ianya lebih dari itu. Contohnya status halal tertakluk pada pada bahan-bahan yang digunakan, sumber bahan mentah yang halal lagi suci, kaedah pengeluaran, cara pembungkusan serta tahap kebersihan juga perlu diteliti untuk meraih perakuan sijil Halal JAKIM.
Jika anda nak kami bantu dapatkan sijil halal untuk syarikat/individu/dapur hotel/produk atau premis makanan anda hubungi kami sekarang di +603 5192 2185 atau emel kami di consultant@ansarcomp.com.my.
Di AnsarComp, kami menyediakan servis konsultasi untuk mendapatkan sijil halal.
Layari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut https://ansarcomp.com.my/