
(Astro Awani) Kuih bakul atau “Nian Gao” menjadi antara menu wajib ketika perayaan Tahun Baharu Cina, malah tidak lengkap rasanya jika hidangan tradisi masyarakat Tionghua itu tiada disajikan terutama pada hari pertama perayaan.
Peniaga kuih bakul dan kuih bulan di Bandar Perda, beliau bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional keluarga.
Klik untuk artikel penuh: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kuih-bakul-halal-resipi-asli-dikukus-16-jam-456690
Kuih ‘Nian Gao’ hanya popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Myanmar ketika masyarakat Cina tempatan meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Walaubagaimanapun, bagi masyarakat Melayu, kepelbagaian hidangan adalah satu kekayaan budaya yang perlu dijaga.
Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekiranya disimpan atau disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek.
Dengan menggabungkan unsur tradisional dan berkonsepkan halal dalam resepi Kuih Bakul, kita memastikan bahawa hidangan ini terus hidup dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Selamat menikmati Kuih Bakul, semoga ia menjadi sebahagian daripada perayaan dan kenangan anda!